Jumaat, 13 November 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SMATAG 2015 MENCABAR

info terkini: "MAJLIS HARI KELUARGA SMATAG BERTEMPAT DI RANG BULAN PANGKALAN ABAI" : 18 NOVEMBER 2015
Lompat... jaga kena cucuk ! : Pn.Adelinah Manu
13 NOVEMBER 2015 - Majlis Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform Smatag telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Kem yang diadakan selama tiga hari ini (11 -13 November) melibatkan 7 badan unit beruniform smatag, telah menyajikan banyak aktiviti dan pengalaman bermakna kepada murid. Antaranya, pelajar-pelajar didedahkan dengan protokol dan prosedur kem, ikhtiar hidup di hutan, memasak, asas simpulan dan ikatan, permainan dan persembahan kumpulan berorientasi kepelbagaian etnik. Nilai seperti keyakinan diri, berani, bekerjasama, kepimpinan rekreasi berjaya diterapkan kepada murid.    

Kehadiran ramai guru-guru sepanjang aktiviti  merupakan kayu pengukur yang tidak boleh dinafikan. Senario ini membuatkan aktiviti menjadi mudah dan lancar. En. Roy Sham yang juga jurulatih bertauliah daripada Pusat Kokurikulum Negeri Sabah berjaya memberikan ilmu dalam bidang protokol kem, kraf perkhemahan, ikatan dan simpulan dan beberapa aktiviti rekreasi perkhemahan. 

Barisan guru bertugas yang berkomitmen dalam melaksanakan perkhemahan membuat program ini meninggalkan kesan kepada semua peserta. Ini ditambah pula dengan komitmen GPK Kokurikulum (En. Junaiddi Sualin ) untuk bersama-sama sepanjang aktiviti. Semoga semua ilmu dan pengalaman yang ditempuhi sewaktu program ini dapat menjadi manfaat kepada guru dan murid serta meninggalkan kesan dalam tindakan murid supaya menjadi lebih berkeyakinan dan berkepimpinan tinggi. 
TONTON VIDEO
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Program ini berakhir pada jam 11:30 pagi.

Tiada ulasan: