NOTA PEMBELAJARAN


Perbezaan Definasi Pegawai Penguasa (S.O) dan Pengarah Projek (P.D)

Seringkali dilihat pihak-pihak yang terlibat di dalam pentadbiran kontrak atau industri binaan tidak memahami akan maksud dan perbezaan istilah di antara Pegawai Penguasa (P.P) atau Superintending Officer (S.O) dengan Pengarah Projek (P.P) atau Project Director (P.D).

Kedua-dua Pegawai Penguasa (S.O) atau Pengarah Projek (P.D) adalah didapati mempunyai kuasa dalam pentadbiran kontrak sesuatu projek. Walaupun dilihat, kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi sebenarnya mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Istilah Pegawai Penguasa (P.P) secara umumnya digunakan untuk projek yang dilaksanakan secara konvensional, dimana kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja adalah menggunakan borang kontrak JKR 203A atau JKR203.

Istilah Pengarah Projek (P.D) pula, secara umumnya digunakan untuk projek yang dilaksanakan secara 'design and build'. Dimana didalam projek secara design and build. Kontraktor adalah didapati untuk bertanggungjawab, menyediakan rekabentuk dan melaksanakan kerja. Disini dapat difahami akan skop tugas Pengarah Projek (P.D) adalah berlainan dengan tugas seorang Pegawai Penguasa (P.P) dalam kontrak konvensional.

Walaubagaimanapun, tugas kedua-duanya iaitu P.P dan P.D didapati mempunyai persamaan dari segi kuasa mengeluarkan sijil-sijil perakuan seperti Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), Perakuan Siap Kerja (CPC), Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) dan Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD).

Secara kesimpulannya, perbezaan terhadap istilah P.P dan P.D dapat dilihat menerusi penggunaan jenis kontrak samaada ia mengunakan secara tradisional atau design and build.

Tanggungjawab seorang Pegawai Penguasa (P.P)

Siapakah Pegawai Penguasa (PP) atau Superintending Officer(S.O)?

Dalam amalan kerja JKR, Pegawai Penguasa atau S.O. adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk memantau sesuatu projek daripada peringkat permulaan sehinggalah tamat kecacatan (defect) projek tersebut.

Antara tanggungjawab atau tugas-tugas yang perlu dipikul oleh Pegawai Penguasa (SO) adalah seperti berikut:

Memastikan kualiti bahan yang digunakan dan tahap mutu kerja adalah mematuhi kontrak

Memastikan peraturan-peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa lain yang mempengaruhi Kerja tersebut dipatuhi semasa pelaksanaan kerja

Memastikan Kontraktor tidak mengabaikan hal kebajikan pekerjanya, khususnya berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan insuran, dan pekerja-pekerja menerima gaji yang kena dibayar kepada mereka

Memastikan tempoh liputa insurans yang diperlukan di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak tidak luput semasa kerja-kerja sedang berjalan, dan jika perlu mengambil tindakan melanjutkan tempohnya

Memantau kemajuan Kerja Kontraktor dan jika perlu mengambil tindakan awal untuk memberi lanjuta masa (EOT) atau mengenakan ganti rugi tertentu dan diteapkan (LAD) dan/ atau menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, dan

Memastikan Kerajaan menunaikan obligasinya di bawah Kontrak kepada Kontraktor yang seperti berikut:

Kontraktor tidak dihalang atau disekat atau ditegah daripada menjalankan kerja-kerjanya sejajar dengan Kontrak

Kelulusan dan keputusan yang dipohon oleh Kontraktor diberi dengan segera; dan
Bayaran kepada Kontraktor disediakan dengan segera dan mematuhi peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak.

Sijil Perakuan Siap Kerja @ Certificate Practical Completion (CPC)

Apabila sesuatu projek yang sedang dilaksanakan itu telah siap atau telah mencapai keperluan untuk bangunan tersebut berfungsi serta pihak Pegawai Penguasa (SO) telah berpuas hati. Pihak Pegawai Penguasa (SO) tersebut boleh memperakukan kepada pihak kontraktor untuk pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Practical Completion (CPC).

Peruntukan klausa di dalam borang kontrak atau Conditions Of Contract yang berkaitan dengan Perakuan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:

a) Klausa 39- Borang JKR 203A versi 10/83
b) Klausa 41- Borang Kontrak Design And Build (PWD Form DB/T) version 2002

Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:

1- Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bermula iaitu selama 1 tahun untuk kontrak konvensional dan selama 2 tahun untuk kontrak secara reka dan bina (design and build)

2- Kontraktor layak dipertimbangkan pengeluaran Bon Pelaksanaan samaada menggunakan kaedah Jaminan Bank atau Wang Jaminan Pelaksanaan dengan 50% atau 2.5% daripada nilai asal bon pelaksanaan.

3-Sekiranya pihak kontraktor tersebut dikenakan denda LAD atas kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang dibenarkan atau kegagalan untuk memperolehi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), pelaksanaan keatas denda tersebut automatik ditamatkan sehingga tarikh CPC dikeluarkan

Sijil Perakuan Tak Siap Kerja @ Certificate Non Completion (CNC)

Sijil Perakuan Tak Siap Kerja atau Certificate Non Completion(CNC) ialah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh pihak majikan atau klien kepada pihak kontraktor apabila ia didapati tidak layak untuk diperakukan bagi pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT).

Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC), pihak kontraktor akan dikenakan Denda Ganti Rugi Ditetapkan (LAD) seperti yang terkandung di dalam borang kontrak sehinggalah kerja itu siap.

Walaubagaimanapun, sekiranya selepas Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan, dan didapati prestasi kerja kontraktor masih tidak memuaskan, pihak klien mempunyai hak untuk menamatkan kerja kontraktor.

Kontraktor adalah tidak dibenarkan untuk dikenakan denda LAD ketika pembayaran interim sehinggalah Perakuan Sijil Tak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak Pegawai Penguasa (SO) atau Pengarah Projek (PD).

Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT)

Apabila sesuatu projek itu dirasakan mengalami kelewatan dan mempunyai alasan diberi Lanjutan Masa. Maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya.

Hampir semua jenis kontrak yang berkaitan kontrak pembinaan seperti Borang PAM atau Borang JKR 203 atau JKR D&B mengandungi peruntukan untuk pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) kepada pihak kontraktor.

Di dalam Borang JKR 203 versi 2007, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43.

Antara alasan-alasan yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut

Force majoure
Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjian
Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
Kelewatan artis tradesman yang dilantik oleh klien
Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
Kelewatan perlantikan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC)

Kesan daripada pengeluaran sijil Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) adalah seperti berikut:

Tempoh penyiapan asal akan berubah ke tempoh masa yang baru
Kontraktor tidak boleh dikenakan Denda LAD
Kontraktor perlu melanjutkan tempoh liputan untuk polisi insuran dan jaminan bank pada bon pelaksanaan atau bayaran pendahuluan (sekiranya perlu)
Kontraktor diminta untuk mengemukakan program kerja (work programme) yang baru



more information...

Tiada ulasan: