Guru PK. Pentadbiran & Kurikulum :PN NURSANI GUNAK
Ketua-Ketua Bidang
SAINS & MATEMATIK

BAHASA

TEKNIK & VOKASIONAL

KEMANUSIAAN








Mesej Khas PK.Kurikulum
Selamat datang ke bahagian Kurikulum Blog SMK Taun Gusi II, Kota Belud. Sesungguhnya dengan wujudnya blog ini, banyak maklumat dan laporan aktiviti yang dianjurkan oleh bahagian kuriklum dapat disebarkan dengan lebih meluas. Para ibubapa dan pelajar bolehlah mendapat maklumat-maklumat dengan mudah melalui laman web ini.

Dalam dunia kini yang semakin berteraskan penggunaan ICT, maka wajarlah juga bagi SMK Taun Gusi II, Kota Belud untuk membudayakan penggunaa ICT dalam pembelajaran & pengajaran dengan lebih jitu lagi.

Adalah menjadi harapan saya bahawa laman blog ini akan terus dijadikan sumber para pelajar mempertingkatkan ilmu dan kemahiran mereka dalam mata pelajaran yang mereka pelajari di sekolah. Pendedahan kepada dunia siber ini juga sedikit sebanyak akan menyumbang kepada peningkatan penguasaan ICT mereka.

Semoga laman blog sekolah akan dijadikan satu portal ilmu bagi peningkatan dan penyebaran ilmu.

Sekian, terima kasih.

PN.NURSANI GUNAK,
Penolong Kanan Kurikulum,
SMK Taun Gusi II, Kota Belud.




Tiada ulasan: