En Junaiddi Sualin - GURU KOKUM SMATAG

Persatuan & Unit Beruniform

Kelab & Permainan

Rumah Sukan

AJK Merentas Desa

Takwim KOKUM 2016






Mesej Khas PK.Kokum 
Kewujudan satu bahagian khas untuk Ko-kurikulum di blog rasmi sekolah merupakan satu perkembangan yang amat dialu-alukan. Ini menunjukkan bahawa SMK Taun Gusi II mampu membawa pembaharuan secara ‘bestari’. Para pelajar dan ibu bapa bolehlah menggunakan laman blog ini untuk mengetahui secara khusus aktiviti-aktiviti serta program ko-kurikulum sekolah.

Sudah pasti usaha menjadikan dunia siber sebagai landasan ilmu dan maklumat tidak akan berhenti di sini sahaja. Pada masa yang akan datang, saya yakin, blog ini akan berkembang lagi supaya murid-murid dan ibu bapa dapat didedahkan dengan fungsi setiap bahagian dibawah unit Ko-kurikulum. Laporan aktiviti-aktiviti terkini turut dimuatkan dalam blog ini agar memberi motivasi kepada mereka yang terlibat secara langsung dan memberi dorongan kepada mereka yang belum lagi aktif dalam unit masing-masing.
Adalah harapan pihak saya bahawa lebih ramai murid memberi perhatian kepada kehadiran dan penglibatan masing-masing dalam aktiviti Ko-kurikulum sama ada unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan. Usaha mereka akan dihargai dan dengan adanya  blog ini, pencapaian mereka dapat diraikan bersama secara lebih luas lagi.
Sekian, terima kasih.

EN.JUNAIDDI SUALIN
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Taun Gusi II,K.Belud


more information
biodata kakitangan



Tiada ulasan: